{Azrin} AkuBiomed
{Azrin} AkuBiomed - Blog, Gajet dan Famili Koning
Chillax with Nestle mendekatkan hubungan blogger dan Nestle
Satu pertemuan yang telah diaturkan oleh pihak Ogilvy diantara Nestle Malaysia dan blogger di Ben’s BSC. Tiada formaliti dan bersantai sahaja untuk mendekatkan hubungan blogger dan Nestle Malaysia.
Kami berkumpul didepan Bangsar Shopping Centre telah dibawa untuk menikmati minuman air Milo yang dapat menyegarkan tubuh badan. Sebuah van Milo berada didepan BSC memberikan minuman Milo percuma. Teringatkan zaman kanak-kanak akan beratur untuk mendapatkan air Milo dari van Milo. Milo antara produk yang popular dikalangan rakyat Malaysia adalah produk keluaran Nestle.
Kembali bertenaga dan segar selepas menikmati air minuman Milo
Suasana riuh rendah apabila blogger berkumpul
Nick Yap dari Ogilvy sempat bertanya khabar
Pihak Nestle telah duduk semeja bersama blogger berbual kosong sebelum majlis bermula. Blogger dan Nestle bertukar-tukar ide dan fikiran.
Sesi pengenalan diri. Memang tidak seronok menjadi yang pertama perlu perkenalkan diri.
Sesi penerangan oleh Encik Khairul Syahar – Nestle Digital Engagement Manager Marketing Services Unit
Menu yang disediakan oleh Ben’s BSC
Blogger Mahamahu tak lepas peluang untuk mengambil gambar.
Sesi penerangan oleh Sonia mengenai produk terbaru Nestle iaitu KitKat Rubies.
Sesi penerangan kempen Malaysia’s Longest MILO Relay
Aksi blogger membuat video #MILOrelay dengan gaya kreatif. Berminat hendak membuat video pendek boleh layari Milo Malaysia
Terima kasih kepada pihak Ogilvy mengatur pertemuan diantara blogger dan Nestle ini. Sebelum ini saya telah dikejutkan dengan menerima kad jemputan khas dari pihak Nestle untuk pertemuan #ChillaxWithNestle dan terbaru menerima gambar beramai-ramai yang berbingkai.
Kredit gambar: Ogilvy
Chillax with Nestle di Ben’s Bangsar Shopping Centre
akubiomed