{Azrin} AkuBiomed
{Azrin} AkuBiomed - Blog, Gajet dan Famili Koning
KitKat Rubies produk premium dari Nestle Malaysia
Kesinambungan dari entri Chillax with Nestle di Ben’s Bangsar Shopping Centre tempoh hari. Blogger telah menerima 1 set produk terbaru Nestle iaitu KitKat Rubies untuk dicuba. Hadir didalam kotak kemasan warna emas dan merah jelas premium.
Selain ais krim, saya adalah pengemar cokelat kalau ada peluang memang suka makan cokelat untuk menghilang tekanan dan salah satu cara berehat buat seketika. Tidak kira apa jenis cokelat saya amat mengemari untuk menikmatinya.
Bertuah menjadi orang pertama untuk merasai KitKat Rubies
Rasa amat bertuah dapat menerima KitKat Rubies produk terbaru daripada Nestle untuk dicuba.
Sebelah kiri adalah KitKat dan sebelan kanan adalah KitKat Rubies
Perbandingan KitKat dan KitKat Rubies dengan trufel coklat pekat, bahagian tengah ada wafer yang rangup dan kepingan-kepingan kacang hazel yang disalut dalam coklat susu yang halus. Apabila masuk kedalam mulut dapat nikmat variasi rasa apabila mencapai lapisan-lapisan tersebut.
Sesuai set KitKat Rubies ini dijadikan sebagai set pemberian hadiah untuk kekasih, pasangan, rakan taulan, perayaan, hantaran kawin dan sebagainya.
Ada yang ingin mencuba KitKat Rubies ini?
KitKat Rubies ini sudah pun berada di pasaran dan boleh didapati pasaraya seperti Tesco pada harga RM35 sekotak ada 20 keping cokelat bar.
AkuBiomed: Terima kasih kepada Nestle Malaysia keatas pemberian KitKat premium ini.