Quantcast
Channel: AkuBiomed
Viewing all articles
Browse latest Browse all 251

Undangan kenduri kahwin pada musim cuti sekolah

$
0
0

{Azrin} AkuBiomed
{Azrin} AkuBiomed - Blog, Gajet dan Famili Koning

Cuti sekolah penuh dengan undangan kenduri kahwin

pelamin kenduri kahwin

Dua pasangan pengantin diraikan didalam satu majlis kahwin

Banyak terima undangan kenduri kahwin pada musim cuti sekolah. Terima undangan jemputan kenduri kahwin dari rakan blogger dan saudara mara dikampung.

pelamin gubahan adik ipar dikampung

Pelamin gubahan adik ipar dikampung.

Minggu ini kali ke kedua didalam selang seminggu balik kampung untuk menghadiri jemputan kahwin saudara mara dikampung. Dikampung sebelah isteri saya masih lagi mengamalkan amalan gotong royong dengan menerima bantuan dari jiran tetangga dan saudara mara. Ada juga yang menghulurkan bantuan wang ringgit dan bahan persiapan seperti minyak masak, telur, ayam daging dan sebagainya. Sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban keluarga pengantin untuk mengadakan majlis kenduri kahwin.

jendela

Lain benar rasanya kalau melihat dari jendela rumah kampung. Terasa bezanya kalau bangun dari tidur rumah sendiri dibandar. Rasa macam tak nak bangun dari katil.

aslah minum teh ais

Pagi ini bawa my hero, Aslah pergi bersarapan pagi di gerai kampung. Makan nasi lemak dan teh ais gelas besar.

rombongan pengantin

Pergi menghantar pengantin ke rumah perempuan. Tersenyum pengantin lelaki menunggu signal dari pihak sana sebelum diapit dengan pengantin perempuan untuk berarak masuk. Teringat akan zaman tersebut pernah melalui pengalama yang sama membuatkan tersenyum sendirian.

bunga raya putih

Kebetulan menghantar pengantin di rumah pengantin terletak di Pengkalan Balak, Melaka, ternampak bunga Raya berwarna putih. Amat jarang sekali atau pun mungkin tak jumpa kuntuman bunga Raya berwarna putih. Sanggup menahan kesakitan gigitan semut kerengga yang banyak dekat pokok bunga Raya tersebut. Apa pun amat berpuas hari dapat snap gambar bunga Raya yang payah nak jumpa.

minum coca cola light

Sudah lama tidak balik kampung dengan membawa motor. Kali terakhir dengan Kawasaki ZZR 250 beberapa tahun dahulu. Boleh tahan naik kebas juga punggung dan hujan lebat sepanjang jalan. Berehat sekejap di stesen minyak di hentian lebuh raya untuk menghilang lenguh menunggang motorsikal tempoh yang lama. Dapat menghilang tekak yang kehausan dengan air bergas Coca Cola Light.

Sedikit coretan mengenai aktiviti minggu saya yang tidak disusun dengan teratur susunan cerita. Harap enjoy membacanya.

Undangan kenduri kahwin pada musim cuti sekolah
akubiomed


Viewing all articles
Browse latest Browse all 251

Trending Articles


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


Love Quotes Tagalog


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


“BAHAY KUBO HUGOT”


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


EASY COME, EASY GO


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Tropa Quotes


“Mali man na ikaw ay ibigin ko, akoy iibig padin sayo”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.