Quantcast
Channel: AkuBiomed
Viewing all articles
Browse latest Browse all 251

Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali

$
0
0

{Azrin} AkuBiomed
{Azrin} AkuBiomed - Blog, Gajet dan Famili Koning

Panduan mengunakan mesin rumput sandang

mesin rumput sandang

Disini saya ingin berkongsi panduan bagi mereka yang mengunakan mesin rumput sandang buat pertama kali. Memandangkan saya ada mendapat trafik mengenai mesin rumput ini.

Mesin rumput sandang yang saya guna adalah jenama Okazawa BG328AE buatan negara China.  Klon kepada mesin rumput jenama Tanaka Jepun. Didalam entri ini saya tidak berkongsi perbandingan yang mana satu jenama lebih baik kerana sudah tentu yang berjenama harganya lebih daripada yang klon. Memandangkan saya bukanlah heavy user cukup setakat untuk memotong dihalaman rumah sahaja. Sudah 2 tahun saya mengunakan jenama Okagawa ini untuk kerja-kerja mesin rumput tanpa sebarang masalah.

Tali nilon ini saya beli di kedai Hardware pada harga RM5. Saya tidak guna bilah salah satu sebabnya keselamatan dan bila guna nilon kurang batu kerikil melayang. Saya memotong rumput pada kelajuan tinggi.

tali nilon mesin rumput

Ada 2 cara untuk memasang tali nilon pada piring mesin rumput seperti didalam gambar tali nilon kuning berpintal dihujungnya dan tali nilon oren tidak. Semasa memotong rumput, tali nilon ini akan haus dan perlu ditukar.

tali nilon mesin rumput

Contoh pemasangan tali nilon berpintal pada piring. Kelebihan guna tali pintal senang nak tukar

cara pasang tali nilon mesin rumput

Contoh pemasangan tali nilon pada piring. Pastikan tali nilon masuk lubang dan dipasang secara bertentatangan. Ambil masa untuk memasang dan menukar.

cara pasang tali nilon mesin rumput

Botol bancuhan minyak dan minyak 2T. Nisbahnya 1 tutup minyak 2T dan 600ml minyak. Enjin mesin rumput ini mengunakan enjin 2 stroke perlukan pelincir minyak 2T supaya enjin tidak panas dan jam. Sekali bancuhan cukup untuk saya memotong rumput dihalaman rumah yang tak besar.

botol bancuh minyak mesin rumput

minyak 2T

Cara menghidupkan mesin rumput buat pertama kali.

Pusing penutup minyak ke bawah untuk membuka pengaliran minyak ke dalam enjin.

mesin rumput

mesin rumput

Buka angin kaburator

mesin rumput

Tolak tuil tali minyak sedikit. Kemudian tarik tali sawat. Butang merah pula kegunaan untuk mematikan enjin.

mesin rumput

Apabila habis digunakan boleh keluarkan baki minyak ke dalam bekas minyak. Kemudian tutup minyak. Cara ini dapat mengelakkan plug basah apabila digunakan nanti.

mesin rumput

Teaser sedikit rumput dihalaman rumah selepas dipotong.

halaman rumah

AkuBiomed: Boleh berkongsi tips dan panduan tambahan diruang komen dibawah.

Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
akubiomed


Viewing all articles
Browse latest Browse all 251

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes