AkuBiomed
AkuBiomed - Blog, Gajet dan Famili Koning
Zaman kanak-kanak suka minum susu pekat manis F&N

Mengimbau semasa zaman kanak-kanak dahulu sebelum pergi sekolah ibu saya akan menyediakan segelas air susu yang diperbuat daripada susu pekat manis F&N.
Sudah menjadi kezaliman ketika kecil dahulu akan bersarapan pagi dengan roti samada di sapu jem atau disapu dengan susu pekat manis sahaja. Kadand-kadang makan roti bersama telur hancur. Jarang bersarapan dengan makanan berat dan biasanya mesti ada roti dan air susu supaya perut tidak boleh dibiarkan kosong. Kalau perut kosong boleh menganggu tumpuan pembelajaran didalam kelas. Sudah menjadi kebiasan pergi ke sekolah akan dibekalkan roti dan air sirap. Apabila waktu rehat akan mencari port untuk makan roti dan air sirap. Saya bawa bekal ke sekolah sehinggalah ke menegah. Tidak berasa kekok dan malu dengan bawa bekal ke sekolah. Dapat jimat duit yang diberi untuk disimpan didalam tin kosong yang dijadikan tempat simpanan duit.
Pada waktu petang pula selalu makan biskut cream creaker yang disapu dengan susu pekat manis. Ibu selalu bising susu pekat manis F&N yang baru dibelinya asyik berkurangan. Mana taknya kami adik-beradik selalu curi-curi bancuh air susu dengan mengunakan susu pekat manis atau makan biskut yang disapu dengan susu. Bukan susah mana pun hendak sediakan air susu dengan bancuh air panas kemudian masuk satu sudu susu pekat manis F&N dan siap. Nak sedap tambah serbu cokelat @ koko, teh dan sebagainya untuk pelbagai jenis air bersama susu pekat manis. Sebab itulah pantang letak susu pekat manis didalam peti ais sejuk memang tidak lama jawabnya.
Tentu perkara yang sama dilakukan oleh korang ketika kecil dahulukan? Sekali-sekala mengimbau zaman kanak-kanak makan roti yang disapu dengan susu pekat F&N. Apa salahnya. Sedap terasa sehingga tidak terkata.
Sekarang ini kalau melayari blog di waktu malam mesti ada teh tarik panas atau sejuk. Ia sudah menjadi kemestian menghirup perlahan-lahan air teh sehingga terleka membaca blog satu persatu.
Eh nak tahu tak F&N telah memperkenalkan semula susu pekat manis penuh krim yang kaya dengan kalsium, sumber protin dan vitamin A, B1 dan D3. F&N susu pekat manis penuh krim ini boleh didapati di Ben’s Independent Grocer, Jaya Grocer, Hero Market, AEON, Jason’s Foodhall, Mercato, Village Grocer, Isetan, Cold Storage and Presto Grocer diseluruh Semenanjung Malaysia dijual pada harga runcit RM5.00 untuk 392g.
AkuBiomed: Kepada pembaca blog AkuBiomed yang berminat untuk berkongsi resepi mudah mengunakan susu pekat manis F&N. Bolehlah email di azrinbme[at]yahoo.com. Saya akan kongsi resepi dan memberi backlink kepada penyumbang resepi.