Quantcast
Channel: AkuBiomed
Viewing all articles
Browse latest Browse all 251

Kelas Fotografi Botani di Taman Botani Putrajaya

$
0
0

AkuBiomed
AkuBiomed - Blog, Gajet dan Famili Koning

Kelas Fotografi Botani bersama Pak Ya

anak pokok

Peluang belajar fotografi di Kelas Fotografi Botani di Taman Botani, Putrajaya. Terima kasih kepada Ai Media kerana menganjurkan Jom Botani. Satu peluang yang tidak dilepaskan untuk menambah dan perbaiki teknik fotografi.

Tidak pernah kenal erti jemu dengan dunia fotografi

kelas fotografi botani

Ini adalah kelas fotografi yang ke 6 saya menuntut ilmu fotografi dari peringkat asas hinggalah dengan peringkat pertengahan. Secara jujurnya saya tidak pernah jemu untuk menambah ilmu fotografi kerana ada beberapa bahagian rasanya perlu diperbaiki. Kali ini dapat peluang untuk mempelajari Fotografi Botani di Taman Botani, Putrajaya.

kelas fotografi botani bersama pak ya

peserta fotografi

Pak Ya seorang yang cukup berpengalaman dengan fotografi

taman botani purajaya

Belajar daripada encik Zakaria atau dipanggil dengan Pak Ya merupakan seorang kakitangan Taman Botani Putrajaya. Saya terkedu apabila mendengar beliau mempunyai pengalaman mengunakan Twin Lens Reflect(TLR) pada awal penglibatan dalam dunia fotografi. Beliau seorang yang cukup berpengalaman luas didalam fotografi kerana pernah mengunakan kamera filem hinggalah kamera dslr digital. Mula berjinak-jinak dengan dunia fotografi sejak tingkatan 4 dan sudah merata dunia berjalan.

kamera digital dan kamera dslr

Kelas tambahan fotografi bersama Pak Ya

Banyak ilmu yang dikongsikan oleh Pak Ya yang tidak pernah jemu berkongsi tip dan teknik. Sebagai seorang yang kuat fundamental ilmu fotografi adalah satu kerugian jika tidak manfaat ilmu yang dicurahkan. Beliau juga meluangkan masa mengajar kelas tambahan fotografi untuk mereka yang ingin ilmu tambahan dan masih kurang faham. Saya mengambil peluang untuk menimba ilmu lagi sehinggalah jam 3.30 petang dengan beberapa peserta lain.

sesi praktikal fotografi bersama pak ya

Kesimpulannya saya memperolehi beberapa ilmu yang dapat diperbaiki teknik fotografi dan penggunaan kamera digital dslr. Sebelum ini sudah beberapa kali telah diberitahu oleh guru-guru fotografi tetapi tidak diambil perhatian. Insyallah berusaha untuk menjadi lebih baik dan berasa kurang puas hati selepas membelek gambar bidikan lama pada padangan diri sendiri sudah cukup bagus. Sebenarnya biasa-biasa sahaja.

anak pokok

Sangat berbaloi berlajar Fotografi Botani di kelas fotografi anjuran Taman Botani Putrajaya. Ilmu yang diterima boleh digunakan untuk memperbaiki kelemahan dan teknik mengambil gambar. Saya umpamakan diri saya adalah pokok yang kerdil berbanding pokok-pokok besar. Begitulah jurang pengalaman dan ilmu fotografi.

Kelas Fotografi Botani di Taman Botani Putrajaya
akubiomed


Viewing all articles
Browse latest Browse all 251

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes