Quantcast
Channel: AkuBiomed
Viewing all articles
Browse latest Browse all 251

Suamiku bukan Encik Sotong

$
0
0

AkuBiomed
AkuBiomed - Blog, Gajet dan Famili Koning

Bukti suamiku bukan Encik Sotong

suamiku bukan Encik Sotong

Apa kena dengan tajuk entri, suamiku bukan Encik Sotong? Minggu ini perasaan saya bercampur baur. Mana tidaknya berulang-alik ke hospital. Bermacam-macam perkara penting yang berlaku didalam kehidupan sebagai suami isteri. Lagi-lagi peristiwa yang bakal kekal terpahat didalam ingatan kehidupan berumah tangga.

Hari Isnin yang baru lepas ini telah terakam sejarah penting buat keluarga kami kerana telah menyambut kelahiran puteri pertama. Apabila mengimbau pengalaman isteri mengandung selama sembilan bulan membawa erti sangat besar kepada saya dan isteri dengan kehadiran puteri pertama yang sangat comel. Adik-beradik Koning paling gembira kerana menerima seorang adik lagi. Maka akan bermula proses belajar dan pengalaman baru dengan kehadiran bayi perempuan tentu tidak sama dengan bayi lelaki.

sambut bayi perempuan

Kelahiran ini amat bermakna

Pertama kali saya mendapat peluang untuk menyaksikan kelahiran puteri. Ia semua berlaku selepas saya mengerjakan solat Asar, tiba-tiba isteri telefon supaya masuk wad bersalin. Setelah 8 jam menunggu sejak dari pagi dengan isteri memberitahu tanda-tanda kelahiran. Syukur alhamdulillah keatas kekuasaanNya dan tanda-tanda kebesaran, buat pertama kali dapat melihat dengan mata kepala sendiri saat-saat kelahiran. Kalau sebelum ini, kelahiran adik-beradik koning langsung tidak berpeluang untuk bersama isteri di wad bersalin. Jam 5.01 petang hari Isnin dengan bayi perempuan seberat 3.21kg telah selamat dilahirkan secara normal. Perkara pertama saya lakukan adalah melihat jantina. Oh syukur alhamdulillah bayi perempuan dikurniakan untuk keluarga kami. Pernah beberapa kali buat imbasan mesin ultrasound setiap kali rutin pemeriksaan ibu mengandung. Doktor tidak pun mengiyakan samada bakal mendapat bayi perempuan atau lelaki. Saya dan isteri sudah redha samada lelaki atau perempuan, yang penting bagi kami adalah bayi dilahirkan sehat.

Minggu yang sibuk berulang-alik ke hospital.

tangan puteri

Minggu ini sibuk buat saya kerana berulang alik ke hospital kerana puteri kami ada masalah jaundice @ kuning. Jadi perlu mengatur jadual kehidupan kerana perlu berulang alik untuk rawatan kuning di hospital. Anak-anak lain bersekolah kecuali Aslah yang baru masuk 4 tahun perlu diambil perhatian. Kerja-kerja rumah seperti membasuh baju, melipat baju dan menguruskan persiapan sekolah adik-beradik Koning perlu diuruskan. Sebagai seorang suami saya perlu beri sokongan kepada isteri kelihatan sedih apabila diberitahu bacaan kuning tinggi perlu mendapatkan rawatan lampu phototherapy. Sebagai seorang ibu tentulah mempunyai perasaan kasih kepada anaknya dan kehadiran suami disisi memberi sokongan dapat memberi kekuatan untuk menghadapi dugaan. Tiada susu kambing diberikan untuk rawatan kuning selain dengan merawat dibawah lampu phototherapy. Bayi yang baru dilahir mempunyai organ yang belum berfungsi sepenuhnya. Phototherapy unit mengeluarkan warna biru dapat menguraikan kuning pada kulit bayi dan seterusnya dikeluar melalui najis dan air kencing. Nasihat saya kalau ada masalah bayi kuning teruslah bawa  ke hospital dan mendapatkan rawatan lampu phototherapy.

Maklumat mengenai >>jaundice @ demam kuning<<

Suamiku bukan Encik Sotong
akubiomed


Viewing all articles
Browse latest Browse all 251

Trending Articles


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


“BAHAY KUBO HUGOT”


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


“Tado” Jimenez Quotes Collections Online


Papa Jack Tagalog Love Quotes and Advice for you


Top 10 Best Tagalog Friendship Quotes and Sayings | mrbolero


“Mali man na ikaw ay ibigin ko, akoy iibig padin sayo”


RE: Mutton Pies (frankie241)


EASY COME, EASY GO


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!