AkuBiomed
AkuBiomed - Blog, Gajet dan Famili Koning
Talian Streamyx broadband offline

Beberapa hari ini tidak dapat hendak online kerana ada masalah Streamyx broadband offline. Guna line broadband alternatif tetapi macam ada masalah kurang kencang untuk layari internet.
Beberapa hari lepas tidak dapat online kerana Streamyx broadband bermasalah kerana kerosakan kabinet TM diluar kawasan perumahan. Berpunca beberapa hari lepas hujan lebat dengan kilat yang kuat menyebab kerosakan pada kabinet TM. Telefon langsung tidak ada nada dan menyebabkan tidak boleh buat penyambungan broadband TM. Saya buat aduan kerosakan kepada TM dan diberitahu bukan saya seorang sahaja mengalami masalah telefon kerana banyak aduan dari penduduk taman diterima. Mujurlah modem ADSL + Router TP-Link saya telah dicabut adaptor dan wayar telefon. Kalau tidak selamat kena sambar kilat seperti jiran saya hanya cabut adaptor tetapi wayar telefon tidak dicabut. Perkara seperti ini luar jangkaan dan tidak boleh dijangka. Pengalaman sebelum ini telefon wireless Motorola disambar petir menjadi pengajaran.
Khidmat masyarat setup Streamyx broadband jiran.
Hari ini jiran minta bantuan set up Streamyx broadband untuk mengantikan modem yang disambat kilat. Saya tolong beli ADSL + Router TP-Link model TD-W89551ND pada harga RM69 dari ALL IT HYPERMARKET. Kalau ikut kat nak racun jiran ambil TP -Link TD-W8961ND yang mempunyai 2 antena dengan kelajuan 300Mbps beza harga RM10 sahaja. Atas permintaan beliau beli TP-Link modem ADSL + Router 150Mbps 1 antena yang sama model terkena sambar kilat. Mudah sahaja untuk set up modem TP-Link hanya beberapa minit tanpa mengeluar peluh.
Kitab SEO Merah Jambu beri tamparan hebat walaupun tidak ada internet.
Dalam internet bermasalah ada sahaja email masuk memberi notis pembelian dari affiliate program. Tersenyum sahaja bila lihat duit mengalir masuk tetapi tidaklah sekencang mamat dari Banting; blogger Titan. Bukan cerita baru memang ada sahaja jualan masuk untuk program affiliate sejak mengamal Kitab SEO Merah Jambu. Penangan Kitab SEO Merah Jambu memang benar-benar berkesan berkongsi formula cara buat duit affiliate program yang terbukti @ proven.
AkuBiomed: Sejuk hati duit program affiliate masuk boleh belanja cenderahati kalau dapat terbang ke Macau nanti.