AkuBiomed
AkuBiomed - Blog, Gajet dan Famili Koning
Muhammad Kamal Asyraf menang cabaran Shell FuelSave 2014 telah membawa pulang hadiah tunai RM20,000
Hari Sabtu minggu lepas telah berlangsung cabaran akhir Shell FuelSave. Menyaksikan 4 wakil setiap wilayah bertanding untuk menentukan siapakah yang layak untuk membawa pulang wang tunai RM20,000.
Saya berasa gembira dan teruja untuk memberi sokongan dan mengetahui siapakah pemenang cabaran ini. Lebih membanggakan rakan blogger Abdul Hafiz Rafiuddin B. Md Rahim @ Hafiz Rahim telah mewakili wialayah tengah turut bertanding di peringkat akhir ini. Bertempat di hotel Saujana di Subang telah diumumkan pemenang Muhammad Kamal Asray yang mewakili wilayah Timur mengalahkan 3 pesaing lain setelah mencatakan jarak sejauh 20.64 km bagi seliter Shell FuelSave 95 menerusi pilihan pemanduan yang lebih bijak. Setiap peserta perlu memandu sejauh 90km dengan memandu kereta Hyundai-Inokom Elantra 1.6 Sport, kereta rasmi Cabaran Shell FuelSave 2014 yang ditajakan oleh Hyundai-Sime Darby Motors Sdn. Bhd dengan dengan mengamalkan tip pemanduan bijak yang dipelajari dari pengalaman ketika cabaran peringkat wilayah.
Antara rakan blogger turun memberi sokongan cabaran Shell FuelSave 2014
Turut hadir di acara tersebut, Duta Shell FuelSave, Fahrin Ahmad dan artis tanah air terkemuka, Lisa Surihani, yang memberi sokongan moral serta bersorak bagi keempat-empat finalis.
Sementara menantikan cabaran dan keputusan diumumkan, saya dan rakan blogger lain turut serta mengambil bahagian beberapa permainan yang disediakan oleh pihak penganjur. Bermain dengan melakukan beberapa aktiviti sambil mendapat pengetahuan dan tip cara-cara menjimatkan minyak dengan setiap permainan disediakan. Kami perlu mengumpulkan 5 cop untuk 5 aktiviti berlainan dan berpeluang untuk mendapat hadiah cabutan bertuah jika meneka dengan tepat siapakah pemenang cabaran Shell FuelSave 2014.
Aktiviti 1 – Lebihan beban menyebabkan pengunaan bahan api bertambah
Aktiviti 2 – Merancang perjalanan dapat menjimatkan pengunaan bahan api
Aktiviti 3 – Memandu pada kelajuan yang ditetapkan dapat menjimatkan penggunaan bahan api.
Aktiviti 4 – Pastikan tayar cukup angin membantu penjimatan bahan api.
Aktiviti 5 – Mengunakan gear yang betul dapat menjimatkan bahan api.
Sudah tentu saya menyokong Hafiz Rahim wakil dari wilayah tengah
Naz sebagai Emcee
suasana riuh rendah dengan suara penyokong memberi sokongan kepada wakil wilayah masing-masing
Tuan Haji Azman Ismail , Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd memberikan ucapan pembukaan. Beliau turut berkongsi komitment Shell membimbing pemandu Malaysia menjadi lebih bijak dengan mengunakan bahan api dibekalkan dari bahan-bahan api bermutu tinggi hasil kajian bertahun-tahun. Shell FuelSave mengandungi ramuan Active Efficiency yang mampu meningkatkan kecekapan bahan api, enjin dan tenaga. Secara tidak langsung mengurang potensi impak kepada alam sekitar. Pekongsian menjadi pemandu lebih bijak melalui bengkel bergerak serta cabaran peringkat wilayah. Menurut beliau lagi cabaran Shell FuelSave telah menerima 10, 000 pendaftaran dari empat wilayah.
Shell FuelSave Journey laman web untuk mendapat pengetahuan dan tip pemandu yang bijak mengunakan bahan api.
Shell juga telah memperkenalkan Shell FuelSave Journey adalah aktiviti melalui laman web memberi peluang untuk memenangi pelbagai dan gajaran eksklusif. Boleh mempelajari dan meningkat pegetahuan kecekapan bahan api dengan bermain permainan interaktif dilaman web tersebut dan seterusnya mengamalkan petua Shell FuelSave.
Analisa keputusan oleh Collin Chin Saintis minyak Shell.
Permainan Shell FuelSave Tips bersama Fahrin Ahmad dan Lisa Surihani
Persembahan tarian daripada Katoon Netword bagi meredakan debaran keputusan cabaran
Keputusan cabaran 4 peserta akhir cabaran
Banyak pengetahuan yang dipelajari melalui Shell FuelSave menjadikan saya pemandu bijak dengan mengamalkan tip Shell FuelSave didalam pengunaan bahan api.
Cabaran Shell FuelSave 2014 menjadi milik Muhammad Kamal Asyraf
Aku Biomed