AkuBiomed
AkuBiomed - Blog, Gajet dan Famili Koning
Pencapaian menulis entri sebanyak 888 entri
Dalam diam tak diam saya sudah menyumbangkan sebanyak 888 entri blog AkuBiomed ini. Ia adalah satu pencapaian buat saya dan gaya penulisan saya sudah banyak berubah berbanding mula-mula blogging dahulu.
Mencari keredhaan di bulan Ramadhan
Bulan Ramadhan kali ini saya seboleh-boleh untuk tidak menulis mengenai makanan terutama juadah berbuka puasa. Walaupun ia adalah perkara paling mudah hendak tulis dan senang mendapatkan respons dari pengunjung ke blog ini. Saya juga tidak menulis mengenai Piala Dunia yang hangat diperkatakan dan lebih-lebih lagi tersungkurnya pasukan Brazil ditangan pasukan Jeman seperti kehilangan taring menjadi tajuk utama hari ini. Saya pula seolah-olah menahan kehendak dengan berlawan arus.
Litar rempitan komen ada yang lap sampai cecah telinga
Apa pun bersyukur dengan sokongan sahabat yang mengunjungi blog AkuBiomed. Ruang komen tidak lagi semeriah dahulu sehingga satu masa dahulu blog ini menjadi litar merempit komen. Masing-masing berlumba mahu mendapat komen pertama untuk setiap entri( Nak tahu siapa yang meninggalkan komen pertama entri akan mendapat kunjungan trafik, percayalah).
Apa yang hebat sangat dengan 888 entri?
Blog AkuBiomed ini wujud 3 Sept 2010 dan sebanyak 888 entri telah ditulis. Ada pasang surutnya dengan mood kadang ke laut dan kadang-kadang berkobar-kobar menulis blog. Teringat kata-kata hikmat bro Titan yang tidak suka menulis tetapi kerana duit mendorong untuk terus berkarya. Apa yang hebat sangat 888 entri? Sebenarnya tidak ada, ia sekadar nombor dan ketika entri ini ditulis ia sudah menjadi 889. Menulis blog adalah terapi lebih-lebih lagi mendapat respons dari rakan blogger memberikan motivasi untuk kekal berblogging.
Sedih dan mendoakan saudara seislam di Palestin
Dikhabarkan saudara seislam di Palestin sedang duji dengan cabaran yang hebat. Bedilan oleh pihak Israel langsung tidak menghormati ketika umat islam berpuasa di bulan Ramadhan. Banyak nyawa orang awam menjadi mangsa korban bedilan pihak Israel yang tidak berhati perut. Doa dipanjatkan setiap kali lepas solat untuk saudara-saudaraku agar tabah menghadapi ujian yang dahsyat ini.
Anak muda baru nak up tunjuk belang di bulan Ramadhan
Berbeda pula dikawasan perumahan saya terdengar letupan mercun disana sini yang dimain oleh anak-anak dan anak muda yang baru nak up. Ada yang langsung tidak menghormati jemaah sedang bersolat dengan melempar mercun diperkarangan surau. Bagi berumur belasan tahun berlumba motor sesama sendiri waktu solat Terawih. Paling kurang sopan ketika berlumba melintasi perkarangan surau mereka memulas minyak menunjuk kejagoan kampung. Insaflah anak muda bangsaku. Keseronokkan kamu bukan menjaminkan kebahagian pada masa akan datang dan jangan sia-sia masa mudamu. Terima kasih kepada pihak peronda polis sudah 2 malam menghambat mat rempit yang baru nak up ini.
AkuBiomed: Sedikit pesanan untuk diri sendiri yang mempunyai anak bujang sedang meningkat naik.
91 total views, 9 views today