Quantcast
Channel: AkuBiomed
Viewing all articles
Browse latest Browse all 251

Projek hujung minggu DIY touch up cat kereta sempena Raya

$
0
0

AkuBiomed
AkuBiomed - Blog, Gajet dan Famili Koning

DIY touch up cat kereta dengan Ezy Touch Up

Bagi yang berkereta apabila melihat kesan calar dikereta tentu sedikit sebanyak merobek hati. Tak senang duduk setiap kali melihat kesan calar tersebut Lebih-lebih lagi buah hati jantung intan payung ini ditatang ibarat minyak penuh.

cat kereta calar

Raya semakin dekat jadi bagi yang berkereta sudah mula berkira-kira berangan menanti duit gaji untuk make up dan memasang aksesori tambahan kepada kereta masing-masing. Belanja yang banyak dibelanjakan termasuk menghantar kereta untuk servis memastikan kereta berada baik ketika mulakan perjalanan balik kampung.

DIY set combo ezy touch up cat

Kesan calar memerlukan belanja besar jadi ada cara bajet dengan melakukan DIY. Saya mengunakan cara DIY untuk menyelesaikan kesan calar pada kereta dengan mengunakan produk Ezy Touch Up. Saya membeli set lengkap EZY Combo Set pada harga RM63.90 + RM7.70 kos penghantaran.

set combo ezy touchup

Kandungan EZY Combo Set

  • 1 botol EZY Wax & Grease Removal (20ml)
  • 1 botol EZY Basecoat (20ml)
  • 1 botol EZY Clearcoat (20ml)
  • 1 botol  EZY Rubbing Compound (20ml)
  • Panduan mengunakan Ezy Touch Up.
  • Kad ujian cat.
  • Berus halus untuk kesan calar halus dan serpihan batu.

4 langkah mudah ketika mengunakan DIY Ezy Touch Up

bersihkan grease dan kesan kotoran

Membuang kesan kekotoran, gease sebagainya dengan  EZY Wax & Grease Removal

tutup calar dengan cat base coat

Cat menutup dibahagian calar sahaja dengan mengunakan EZY Basecoat dan biarkan kering selama 30 minit .Ulang jika perluDisini perlu guna kemahiran mewarna dibangku sekolah dan lakukan dengan perlahan-lahan. Kalau tangan mengeletar minta bantuan orang lain. Gunalah bakat melukis semasa mengunakan cat Basecoat ini.

cat dengan clear coat

Cat clear dengan mengunakan  EZY Clearcoat untuk satu lapisan diatas Base Coat tadi. Ulang cat selepas 4 jam jika perlu. Cat clear akan kering sepenuhnya selepas 24 jam

selepas diy kesan calar pada kereta

Selepas 24 jam ini. Kesan calar kelihatan hampir tidak nampak. Guna EZY Rubbing Compound untuk mengosok lapisan yang tidak rata. Gosok secara pusingan dengan lembut.

Cara semakan kod warna semasa membeli base coat Ezy Touch Up.

semak warna base coat

Komen pengalaman mengunakan Ezy Touch Up 

Jangan bandingkan dengan kedai cat dan penggunaan Ezy Touch Up sudah tentu berbeza kerana proses lebih terperinci dan cat semburan penuh. Saya berpuas hati dengan modal tidak sampai RM100 dapat menutup calar-calar yang merobek hati saya sebelum ini. Masih ada berbaki lagi boleh disimpan untuk kegunaan masa akan datang.

AkuBiomed: Saranan saya mengalakkan beli set lengkap  EZY Combo Set supaya hasil DIY capai kepuasan hati.

Maklumat lanjut boleh layari laman rasmi Ezy Touch Up

122 total views, 10 views today

Projek hujung minggu DIY touch up cat kereta sempena Raya
Aku Biomed


Viewing all articles
Browse latest Browse all 251

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes