Quantcast
Channel: AkuBiomed
Viewing all articles
Browse latest Browse all 251

Tiada lagi musim durian untukku

$
0
0

AkuBiomed AkuBiomed - Blog, Gajet dan Famili Koning

Tahun ini musim durian tidak menjadi.

Setiap tahun menanti dan terbayang isi buah durian yang tebal setiap kali musim durian kembali. Tahun ini kemeriahan kenduri durian biji dan durian D24 hanya tinggal bayangan sahaja.

musim durian

Setiap pokok durian kebun arwah bapa kelihatan bunga durian penuh sepokok semasa bulan Ramadhan yang lalu. Membayangkan bila tiba musim akan tentu banyak buah durian yang bakal gugur.

Buk! Buk! buah durian keguguran

Buah Durian muda

Apabila tiba arwah bapa akan panggil ke kebun untuk kutip buah durian gugur. Arwah bapa puas melihat cucunya begitu lahap menikmati isi durian yang kuning dan tebal isinya. Dengar sahaja bunyi buah durian jatuh ke tanah mula arwah bapa akan meninjau buah durian didalam semak dengan mengunakan lampu suluh panjang. Tersenyum arwah bapa membawa buah durian mengeluarkan aroma yang segar dari ladang.

AkuBiomed dengan buah durian

Kenduri durian ramai-ramai

Bila musim durian adik beradik akan berkumpul dan juga cucu duduk bersila mengadap buah durian untuk di kendurikan. Paling seronok hari tersebut menu adalah durian dari pulut durian, pengat durian dan sampaikan nasi makan dengan durian. Kalau tidak sendawa keras bau durian memang tidak sah.

pengat durian

Tahun ini pokok durian berbunga lebat tapi…

Semakin hari semakin semakin banyak bunga durian yang gugur. Adakah durian untukku musim kali ini bisik saya didalam hati sambil mendongak sehingga ke pucuk pokok durian. Sah tahun ini tiada musim durian buat saya dan cucu arwah bapa.

putik durian

Tahun ini tiada musim durian dan lebih sedih ada pokok durian sudah mula mati kerana terlalu lama berendam air kerana projek pembinaan rumah disebelah kebun arwah bapa. Bila lihat bro Denaihati pamerkan buah durian isi tebal, saya hanya mampu menelan air liur  dan pejamkan mata seolah-olah buah durian tersebut didepan mata.

Adik beradik Koning kenduri Durian

Buah durian beli dan durian yang ditanam sendiri tidak sama kerana setiap pokok durian mempunyai cerita sendiri. Pada awal pokok-pokok ini ditanam adalah hasrat arwah bapa untuk melihat cucu-cucunya wajah ceria bergurau senda sambil makan durian.

Tiada lagi musim durian untukku


Viewing all articles
Browse latest Browse all 251

Trending Articles


EASY COME, EASY GO


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Tropa Quotes


“Mali man na ikaw ay ibigin ko, akoy iibig padin sayo”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


Love Quotes Tagalog


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


“BAHAY KUBO HUGOT”


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.