AkuBiomed AkuBiomed - Blog, Gajet dan Famili Koning
Perkongsian ilmu dan perkembangan rangkaian sosial di Malaysian Traveler Blogger Meetup
Sedunia Travel telah menganjurkan Malaysian Traveler Blogger Meetup kali ke 2 di The Centre for Asian Photographers yang terletak di The School, Jaya One, Petaling Jaya.
Saya tahu mengenai event ini melalui Akmar Omar yang berkongsi di Facebook. Melihat objektif Malaysian Traveler Blogger Meetup ini mengumpul pengembara dan jurugambar untuk sama berkongsi ilmu dan membina komuniti. Saya sendiri berminat fotografi dan sejarah. Melihat peluang ini untuk mendapat kenalan baru dan bertukar informasi pengembaraan yang ada kaitan dengan seni fotografi.
Minuman panas dan sejuk oleh Cat in the box
Ruang bawah Centre for Asian Photographers
Steven dari Sedunia Travel sebagai emcee
Sesi perkongsian pengalaman oleh Fie blogger traveler dan blog Travel Chameleon
Amber dari PlateCulture berkongsi sesuatu yang unik mengenai menikmati makan di rumah dari pelbagai budaya dan latarbelakang berbeza. Biasanya kita akan ke restoran atau hotel untuk makan tetapi yang ini tetamu dari berlainan budaya akan berkumpul di suatu rumah yang akan menjadi hos untuk makan malam. Ia memang sesuai untuk mereka yang mengembara ingin menikmati makan malam dirumah penduduk negara yang dikunjungi. Seolah-olah berada dirumah sendiri untuk makan malam. Menarik bukan.
George dari Centre for Asian Photographers berkongsi tips untuk pengembara dan penjagaan kamera semasa mengembara.
Tip pengembara dan penjagaan kamera
- Mengunakan bag yang ringan, bersesuaian mengikut jantina dan ketinggian.
- Imbangan beban ketika mengunakan back pack dengan meletak chest bag dihadapan
- Padded hip belt memastikan bag berada dikedudukannya
- Plastik bag perlu dibawa untuk digunakan melindungi barangan elektronik daripada basah dan kelembapan. Letakkan jel silika kerana kelembapan dan kulat adalah musuh kepada kamera DSLR.
- Kamera DSLR sensitif dengan perubahan klimak. Keluarkan selepas sampai dihotel untuk mengimbangi perubahan klimak seberapa ketika.
- Tidak meletakkan barang tajam didalam back pack kerana dibimbangi bocor.
- Barangan berharga dan elektronik perlu diletakkan didalam waist pouch bag.
Snek ringan yang disediakan oleh Cat in the box
Sesi cabutan bertuah.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Sedunia Travel, Centre for Asian Photographers dan Cat in the box yang menjayakan Malaysian Traveler Blogger Meetup kali ke 2.
Malaysian Traveler Blogger Meetup di The School Jaya One Aku Biomed