{Azrin} AkuBiomed
{Azrin} AkuBiomed - Blog, Gajet dan Famili Koning
Cara pendaftaran tahun murid tahun 1
Aslah bakal melangkah masuk ke tahun 1 pada tahun 2016. Pihak sekolah sudah memberikan surat pemberitahuan mendaftar murid tahun 1 untuk sesi 2016 dan 2017 sudah mula dibuka untuk pendaftaran.
Saya ingin berkongsi panduan ini kepada pembaca blog ini yang mungkin mencari maklumat pendaftaran murid tahun 1. Harap maklumat yang dikongsikan dapat memberi manfaat.
Bagi yang anak-anak yang bakal memasuki tahun 1 pada 2016 dan 2017 boleh mula mendaftar secara online milih sekolah pilihan mereka.
Pautan portal Pendaftaran tahun 1: [+] http://apps.moe.gov.my/esppsel/
Ikuti arahan dengan memasukka My KiD, Daerah dan Jenis sekolah yang dipohon.
Isikan maklumat yang diperlukan pada bintang asterik (*) wajib diisi.
Ibubapa perlu ke sekolah yang dipohon untuk membuat Perakuan Permohonan didalam masa 14hari dari tarikh permohonan diatas talian. Cetak borang permohonan tersebut untuk dibawa ke sekolah yang dipohon dengan membawa dokumen yang disenaraikan dibawah:-
- Sijil kelahiran( Asal dan salinan)
- Bil Air atau TNB (untuk bukti tempat tinggal)
- Kad pengenalan ibubapa(Asal dan salinan)
- Sijil Daftar Perkahwinan(Asal dan salinan)
- Sampul surat beralamat sendiri bersaiz 4×9 dan setem 80sen
- Salinan borang permohonan secara atas talian yang dicetak.