Quantcast
Channel: AkuBiomed
Viewing all articles
Browse latest Browse all 251

Asus external slim dvd untuk restore Windows 8

$
0
0

{Azrin} AkuBiomed
{Azrin} AkuBiomed - Blog, Gajet dan Famili Koning

Asus external slim dvd penyelamat untuk Windows restore

Asus external slim dvd

Terpaksa mencari Asus external slim dvd untuk restore Windows 8.1 yang sudah bermasalah. Masalah berpunca skrin menjadi hitam bukan kerana masalah skrin tetapi Windows 8.1 tidak beroperasi normal.

Skrin jadi blank gara-gara autoupdate tidak sempurna

Acer Aspire P3 Ultrabook yang diperolehi dari contest menang Nuffnang. Tidak  pernah ada masalah ketika mengunakan Acer Aspire P3 ini tetapi nak jadikan cerita semasa proses auto update Windows 8.1, tiba-tiba ada masalah selepas talian internet Streamyx terputus. Apabila proses update tidak sempurna timbul masalah yang tidak dijangka gara-gara masalah talian internet Streamyx terputus. Nak kemas kini blog pun tak ada mood jadinya.

Pengalaman ilmu setup Windows 95

Nasib baiklah ada pengalaman setup Windows 95 yang agak old skool masih boleh mengodek apa yang patut dari  Ultrabook ini. Setiap kali nak akses fail dan aplikasi akan mengunakan Task Manager untuk akses browser, aplikasi dan fail. Agak leceh tetapi lebih baik boleh akses daripada tidak boleh langsung. Semua fail penting berada didalam keadaan baik telah berjaya diselamatkan dengan pindah fail-fail tersebut kedalam external hard disk.

Mencari jawapan masalah dengan Google search engine.

Saya tidak suka tergesa-gesa didalam buat keputusan untuk membaiki masalah yang berlaku pada Ultrabook ini. Ada yang jalan mudah dengan format dan install Windows tetapi bukan cara saya. Saya akan cuba restore atau buat recovery terlebih dahulu. Format adalah jalan terakhir.

Seperti biasa saya akan mencari informasi mengenai masalah ini dengan mengunakan Google Search Engine. Walaupun mengikuti tip-tip yang dikongsikan tetapi masih gagal untuk perbaiki masalah skrin menjadi hitam. Cuba buat restore tetapi tidak boleh kerana Acer Aspire P3 Ultrabook tidak mempunyai aplikasi restore seperti yang lain. Cuba dapat fail restore dari laman rasmi Acer tetapi setelah masukkan no siri dan model tidak dijumpai. Restore fail ini tidak dikongsi secara terbuka kerana setiap fail restore datang no siri Ultrabook yang unik. Lebih malang Ultrabook ini tidak mempunyai external drive menjadi sukar untuk membuat restore Windows.

Jalan terakhir restore Windows 8 dengan Acer recovery DVD

Pilihan terakhir saya adalah restore Windows 8 dengan mengunakan Acer recovery DVD yang datang bersama dengan Ultrabook. Terpaksalah saya mencari external DVD dikedai komputer. Saya telah membeli Asus External Slim DVD pada harga RM130. Syukur masalah dapat diselesaikan setelah proses restore Windows 8 seperti baru.

AkuBiomed: Apa bila berlaku masalah jangan panik. Cuba ikhtiar dahulu. Boleh kongsi pengalaman korang apabila Windows menjadi bingung diruang komen.

Asus external slim dvd untuk restore Windows 8
akubiomed


Viewing all articles
Browse latest Browse all 251

Trending Articles


EASY COME, EASY GO


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Patama lines and Tagalog Quotes Pinoy Sayings


Tropa Quotes


“Mali man na ikaw ay ibigin ko, akoy iibig padin sayo”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Girasoles para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


The business quotes | Inspirational and Motivational Quotes for you


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.