{Azrin} AkuBiomed
{Azrin} AkuBiomed - Blog, Gajet dan Famili Koning
Mendapat ilmu manfaat dan terkini melalui seminar produk Mitsubishi Electric
Hari Sabtu yang lepas saya dan rakan blogger telah menghadiri seminar produk Mitsubishi Electric di Petaling Jaya. Kami telah diperkenalkan 4 produk terbaru keluaran Mitsubishi Electric.
Buntu membuat pemilihan produk elektrik yang terbaik.
Kesempatan ini tidak dilepaskan kerana saya percaya ramai diluar sana apabila hendak membeli barangan elektrik akan berada didalam dilema untuk membeli barangan elektrik. Tentu ada yang bingung untuk memilih produk yang mempunyai ciri-ciri jimat tenaga dan berkualiti. Apabila pergi ke ruang barangan elektrik akan mengambil masa berjam-berjam untuk membuat pemilihan. Maklumlah produk eletrik ada bermacam-macam model dan jenama. Produk-produk ini mempunyai ciri-ciri membuatkan kita buntu untuk memahami kerana kekurangan ilmu.
Seminar produk memberikan ilmu untuk membuat keputusan bijak memilih produk eletrik yang diingini.
Apabila ada seminar rangkaian produk yang dianjurkan oleh Mitsubishi memberikan ilmu yang berguna untuk membuat keputusan memilih produk yang cekap guna tenaga, mempunyai ciri-ciri jimat tenaga, tahap keselamatan, tidak memberikan kesan rumah hijau, berkualiti dan tahan lasak.
Kami telah diperkenalkan 4 produk terbaru Mitsubishi electric iaitu Penghawa Dingin(Inverter), Peti Ais(Inverter), Kipas Angin(R18) dan Ventilator. Ada permainan dianjurkan selepas penerangan produk dan hadiah diberikan kepada pemenang cabaran.
Untuk entri ini saya berkongsi pengalaman sepanjang seminar produk Mitsubishi dengan beberapa sesi perkongsian info dan kami perlu mengambil aktiviti yang diatur dapat memberikan lebih kefahaman lebih baik dan merasai pengalaman.
Darren menerangkan bagaimana cabaran akan dilakukan
Julie Woon sempat berlawak mudahnya membersih penghawa dingin Mitsubishi eletric
Cabaran membuka penapis dan membersih penghawa dingin terpantas.
pemenang cabaran membersihkan penghawa dingin
Jet towel Mitsubishi eletric alat pengering tangan
Tentu ada yang pernah mengunakan Jet Towel Mitsubishi electric kerana ia juga dipasang di KLIA2.
Cabaran mengering tangan mengunakan Jet Towel Mitsubishi electric
Pemenang cabaran Jet Towel Mitsubishi eletric
Cabaran membersihkan ventilator terpantas
Pemenang cabaran membersih ventilator terpantas
Penerangan kipas Tatami 16″
Mr Jocko pemenang cabaran selfie bersama kipas angin Tatami
L4Grande peti sejuk inverter 4 pintu berkapasiti 710liter
Mr Jocko sempat memberi pose istimewa bersama peti sejuk Mitsubishi electric
Melody menguji Apps Mitsubishi electric bakal dilancarkan untuk OS Android dan OS IOS.
Nanti entri akan datang, saya akan kongsi maklumat-maklumat yang berguna untuk membuat keputusan memilih produk elektrik .
AkuBiomed: Terima kasih kepada Mitsubishi Electric Malaysia, AllDayMedia dan Broframestone menjemput ke seminar produk Mitsubishi electric.
Ilmu berguna di seminar produk Mitsubishi Electric
akubiomed