{Azrin} AkuBiomed
{Azrin} AkuBiomed - Blog, Gajet dan Famili Koning
Pelayaran Islamik kapal mewah Star Cruise Libra
Saya rasa ramai yang sudah mengetahui mengenai program Pelayaran Islamik kapal mewah ini. Pelayaran Islamik telah masuk siri ke 3 dan siri ke 4 bersama beberapa penceramah terkenal tanah air telah dibuka pendaftaran.
Sambutan mengalakkan program Pelayaran UKE siri pertama Pelayaran Islamik kapal mewah bersama penceramah terkenal tanah air iaitu Ustaz Kazim Elias pada 24 – 27 Ogos 2014 yang lalu ke destinasi Penang, Langkawi dan Phuket telah mendapat sambutan luar biasa. Kesinambungan kejayaan program terdahulu dengan program Pelayaran UKE siri kedua juga telah penuh ditempah yang bakal belayar pada 25 hingga 28 Januari 2015.
Ada yang berminat untuk mengikuti pelayaran ini untuk dijadikan hadiah kepada pasangan, hadiah kepada orang tua, sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan atau hadiah korporat? Boleh memilih 2 tarikh baru yang ditawarkan.
Pelayaran Islamik siri ke 3
Penang – Phuket – Krabi pada 1 hingga 4 Februari 2015
Belayar bersama bersama Ustaz Badli Shah, Sheikh Abdelaziz Ghonim, Dato Hassan Mahmud, Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah dan Imam muda Miril.
Pelayaran Islamik siri ke 4
Penang – Phuket – Krabi pada 8 hingga 11 Mac 2015
Belayar bersama Ustaz Syed Norhisyam, Ustaz Haslin Bollywood, Prof Dr. Muhaya dan Imam muda Asyraf
Ringkasan aturcara program Pelayaran Islamik siri ke 3 dan 4.
- Ketahui kedudukan kiblat
- Pelajari Solat Jama’ & Qasar
- Ceramah & Kuliah
- Qiyamulail
- Zikir & Selawat
- Soal Jawab Bersama Ustaz
- Program Ziarah
- Makan Malam Kesyukuran
Pelayaran Islamik Kapal Mewah ini dianjurkan oleh IntraTama Travel Consultant & Tours (M) Sdn. Bhd.
Maklumat lanjut layari laman rasmi Pelayaran Islamik