AkuBiomed
AkuBiomed - Blog, Gajet dan Famili Koning
Sila amalkan 7 tips temuduga semasa persediaan temuduga
Tentu ada diantara yang sedang membaca entri ini mendapat panggilan temuduga SPA atau menerima panggilan temuduga di syarikat swasta. Sesi temuduga adalah peluang untuk membuat penawaran samada layak diterima jawatan yang dipohon atau tidak.
Saya pernah menjadi panel temuduga di tempat saya bekerja. Ia adalah satu tanggungjawab berat kerana syarikat memberi kepercayaan kepada panel untuk mendapatkan pekerja yang mempunyai ciri-ciri dan kemahiran yang diperlukan untuk kekosongan jawatan yang ditawarkan. Pengalaman sebagai panel saya ingin bocorkan 7 tips persediaan temuduga kepada calon-calon yang dipanggil temuduga.
1. Berlatih
Berlatih menjawab soalan majikan temuduga dan latih bagaimana menjawab soalan temuduga dan jawapan berkaitan dengan jawatan yang dipohon. Memberi contoh kemahiran dimiliki memberikan gambaran kepada majikan. Ia meningkatkan peluang calon senarai pendek. Buat senarai soalan yang mungkin ditanya oleh majikan. Perasaan gugup itu biasa tetapi kalau persediaan yang cukup. Insyallah boleh menjawab soalan dengan nada yang yakin.
2. Buat kajian
Membuat persiapan dengan mengkaji latar belakang syarikat atau jabatan yang dipohon. Antara soalan yang sering yang kerap ditanya oleh majikan kepada calon-calon. Jangan pelik ada calon yang datang tidak tahu apa jawatan yang dipohon? Ada juga yang gagal menjelaskan fungsi jabatan dan jenis perniagaan bagi syarikat swasta. Ada yang beri jawapan datang temuduga kerana ibubapa yang suruh. Macam-macam karenah calon yang saya jumpa.
3. Bersedia
Pastikan semasa menghadiri sesi temuduga dengan berpakaian kemas dan sesuai dengan jabatan atau syarikat yang ditemuduga. Bawa fail yang mengandungi resume, sijil dan dokumen yang berkenaan. Selalu saya meneger fail peribadi tidak kemas dan semua benda disumbat kedalam fail. Letak dibahagian hadapan sekali bermula dengan resume diikuti sijil pendidikan tertinggi, sijil-sijil lain dan seterusnya. Ini ada yang letak kertas conteng, resit, sampul gambar dan sebagainya tidaklah sesuai kerana ia mengambar calon tidak serius. Penting bawa pen dan kertas. Memang ada calon tidak bawa pen sampai meminjam daripada calon lain.
4. Menepati Masa
Perlu menghadiri sesi temuduga tepat pada masanya. Bermaksud 5 hingga 10 minit lebih awal. Kalau tak biasa dengan lokasi temuduga boleh buat tinjauan awal selain mengunakan Waze atau Google Map. Saya sarankan kalau tidak biasa keadaan trafik eloklah luangkan masa buat tinjauan ke lokasi temuduga dapat beri gambaran masa perjalanan yang diperlukan. Ada calon minta tukar sesi temuduga disaat akhir kalau boleh elakkan kalau tidak mempunyai alasan kukuh. Sebagai majikan terpaksa pula mengikut kehendak calon ini adala kurang baik.
5. Bertenang
Cuba bertenang dan kurang perasaan berdebar. Beri tempuan kepada soalan yang akan ditanya oleh panel. Ia adalah sesuatu memalukan jika calon terlupa dengan soalan yang ditanya. Biasanya sesi ‘ice breaking’ antara calon dan panel adalah menanyakan latar belakang calon ini adalah untuk mengurangkan perasaan gugup dan berdebar. Sebagai panel ingin mengetahui latar belakang calon kerana ada peluang yang akan diberikan jika keluarga susah, tanggungan banyak, harapan keluarga dan sebagainya.
6. Tunjukkan kebolehan yang ada
Masa yang diperuntukkan untuk sesi temuduga adalah kritikal. Secara terus terang pengalaman sebagai panel temuduga perlu mengunakan pengalaman yang ada untuk mengenal kemampuan calon samada sesuai untuk jawatan yang dipohon atau tidak. Sebagai calon tonjolkan kemampuan janganlan simpan. Ini ada yang tidak bercerita penuh pencapaian dan kemahiran unik mereka ada. Rugilah kerana setiap calon yang hadir mempunyai kelayakkan akademik yang boleh dikatakan setara. Jadi tonjol perbezaan korang untuk melayakkan korang ke jawatan yang dipohon.
7. Berkhemah memohon melalui email
Zaman IT sekarang ini membolehkan permohonan kerja boleh dilakukan melalui email ke jabatan Sumber Manusia. Malangnya ada yang email resume tanpa mukadimah dengan menghantar salinan resume terus. Satu lagi janganlah guna akaun email yang fancy kerana memohon kerja adalah perkara serius dan perlu beradab. Janganlah pula menghantar mengunakan akaun mawarberduri@gmail.com. Ini berlaku berdasarkan pengalaman saya sebagai panel temuduga berhadapan dengan pelbagai karenah calon-calon dari zaman alaf baru. Kalau dapat penerima yang tidak bertolak ansur sudah lama delete email tersebut.
Selebihnya boleh rujuk [+] Rahsia Bijak Temuduga