Quantcast
Channel: AkuBiomed
Viewing all articles
Browse latest Browse all 251

Blogger introvert kurang dapat perhatian

$
0
0

AkuBiomed
AkuBiomed - Blog, Gajet dan Famili Koning

Blogger introvert melukut ditepi gantang

blogger introvert

Tajuk entri bukan main lagi. Tentu ada yang tertanya-tanya apakah maksud blogger introvert ini? Kenapa pula kurang mendapat perhatian? Macam minta job sahaja? Jom baca lagi.


Sebelum itu cuba jawab soalan dibawah untuk mengenal pasti introvert atau extrovert.

Apa itu introvert?

Dengan bahasa mudah introvert bermaksud mempunyai sifat malu terutama bergaul dengan orang lain dan lebih suka menyendiri. Ia berlawanan dengan extrovert yang mudah bergaul dengan orang lain dan berhadapan masyarakat. Selebihnya boleh semak di kamus Dewan Bahasa dan Pustakan online untuk mendapat makna lebih tepat. Kedua-dua sifat ini ada pada blogger. Siapa yang mempunyai sifat diatas sila angkat keyboard.

Blogger introvert hebat menulis di blog dan di media sosial. Kalau baca penulisan rasa seronok sahaja nampak kemesraan dan ‘out spoken’ di media sosial tetapi bila secara berdepan akan malu-malu kucing. Sepatah perkataan pun tidak terkeluar dari mulut. Diam seribu bahasa dan mengharapkan orang didepannya memulakan perbualan. Tentu pernah jumpa orang seperti ini. Pandang-pandang sudah beratus kali tetapi masih senyap membisu.

Blogger introvert sukar bergaul?

Ya dan tidak. Selagi menulis diblog dan sosial media. Blogger ini tidak mempunyai masalah untuk bersosial di media malah boleh bergurau lagi. Cuma perasaan malu yang menebal berhadapan dengan orang macam emas ada didalam mulut. Ramai blogger introvert disana yang berjaya menulis blog dengan baik. Kita sendiri tidak nampak profile dengan jelas. Kalau letak gambar pun sorok-sorok atau tidak jumpa langsung biodata.

Ia bukanlah sikap negatif dengan memberi prasangka buruk blogger besifat ini adalah sombong. Sebenarnya tidak malah mereka mudah mesra apabila sudah mengenali rapat dengan seseorang. Golongan ini ambil masa untuk dirapati dan bermesra.

Bagaimana hendak mengatasi sifat introvert ini. Hendak menjadi extrovert adalah mustahil tetapi boleh mengikis sifat ini dengan cubalah ‘ice breaking’. Memulakan perbualan dengan memperkenalkan diri terlebih dahulu untuk pertemuan buat pertama kali. Bak kata orang tua-tua, “Tak kenal maka tak cinta“. Kalau kita tidak mulakan makan lambatlah kemesraan itu hadir. Boleh mulakan topik-topik yang hangat diperkatakan contoh “Kemenangan skuad Harimau Malaya ke Singapura” sudah tentu ia menarik untuk dibicarakan.

Biarlah saya buka rahsia mengenai diri saya. Saya mempunyai sifat introvert yang menebal. Mungkin kenyataan saya agak kontroversi tetapi ia adalah sifat saya yang kurang bercakap dan lebih banyak berdiam. Tidak bermakna saya sombong. Kalau hendak dibanding mula-mula blogging dahulu sudah nampak progress perubahan pada diri saya. Kalau dahulu guna avatar untuk blog tidak mengunakan gambar yang jelas bersembunyi.

Kepada blogger introvert janganlah berasa rendah diri. Sebenarnya tidak salah bersifat introvert kerana medium blogging dan media sosial adalah tempat kamu berkomunikasi dan berdepan dengan masyarakat.

Blogger introvert kurang dapat perhatian
akubiomed


Viewing all articles
Browse latest Browse all 251