Quantcast
Channel: AkuBiomed
Viewing all articles
Browse latest Browse all 251

The Long Short Walk membawa mesej keselamatan di jalan raya

$
0
0

AkuBiomed
AkuBiomed - Blog, Gajet dan Famili Koning

The Long Short Walk mewar-warkan mesej keselamatan jalan raya kepada pengguna jalan raya.

the Long Short Walk 2014

Hari ini saya saya telah menyertai pelancaran program The Long Short Walk 2014 peringkat negeri Selangor. Acara anjuran Jabatan Keselamatan Jalan Raya @JKJR ini berlangsung di dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Program The Long Short Walk ini disertai oleh orang awam, ahli JKJR dan 402 pelatih PLKN siri 3/2014 dari 3 kem di Selangor. Program ini menwawarkan pendidikan keselamatan jalan raya kepada pengguna jalan raya melalui poster keselamatan di jalan raya.

Program ini menyasarkan golongan sasaran berumur 16-20 tahun antara pengguna jalan raya yang paling banyak maut akibat kemalangan dijalan raya dan diikuti pengguna jalan raya berumur 21-25 tahun. Kedua-dua kumpulan umur ini menyumbang 1/3 daripada jumlah kemalangan maut di jalan raya. Pada hakikat ia adalah satu stastik yang menyedihkan kerana 2 golongan ini adalah umur yang sangat produktif untuk negara.

Berdasarkan stastik IPK Selangor, kematian maut dijalan raya ada menunjukkan penurunan daripada 1,102 pada tahun 2012 kepada 1,019 pada tahun 2013, penurunan sebanyak 83 kematian @ 7.53%. Statistik bagi bulan Ogos  2014 sebanyak 87 kematian berbanding 99 kes bagi bulan Ogos yang sama tahun 2013 dimana terdapat penurunan kes kematian sebanyak 12 kes @ 12.1%.

Pendaftaran di booth JKJR dan pameran mini

Pendaftaran di booth JKJR

T-shirt The Long Short Walk

T-shirt The Long Short Walk

Pelatih PLKN

Pelatih PLKN

Pengedaran ration kepada peserta PLKN

Pengedaran ration kepada peserta PLKN

Pengedaran ration kepada peserta PLKN

Pengedaran ration kepada peserta PLKN

Jurulatih senamrobik

Jurulatih senamrobik beri signal untuk bermula

senamrobik di dataran kemerdekaan shah alam

Melonggarkan dan memanaskan badan dahulu dengan senamrobik sebelum bermula berjalan sejauh 2.2km mengelilingi dataran Kemerdekaan Shah Alam dengan membaw sepanduk kesedaran keselamatan dijalan raya kepada pengguna jalan raya.

Berkumpul untuk memulakan berjalan

Berkumpul untuk memulakan berjalan

pelepasan peserta

Pelepasan oleh Puan Nor Laily binti Haji Zakaria selaku Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor

gambar

Jarang-jarang dapat gambar untuk diri sendiri.

selfie

Selfie dengan salah seorang peserta The Long Short Walk. Steady nampak adik ini berjalan.

selfie

Selfie lagi bersama adik-adik PLKN bersemangat berjalan

beratur untuk minum milo

Mari kita minum dahulu. Milo percuma disediakan oleh pihak Nestle untuk peserta yang menamatkan berjalan kaki.

beratur untuk minum milo

beratur untuk minum milo

abang ngah minum milo

Assistant saya hari ini abang Ngah

minum milo

Kanak-kanak sehinggalah tua membesar dengan minum Milo. Rasa lebih segar dan bertenaga.

barisan vip

VIP dihadiri dari kiri YBhg. Dato’ Dr. Tan Weng-Ketua Pengarah JKJR Malaysia, Wakil Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan YBhg. Dato’ Haji Mohd Jaafar Bin Haji Mohd Atan-Datuk Bandar Shah Alam.

Bacaan ikrar Keselamatan Jalan Raya

Bacaan ikrar Keselamatan Jalan Raya

YBhg. Dato' Dr. Tan Weng-Ketua Pengarah JKJR Malaysia memberi ucapan

YBhg. Dato’ Dr. Tan Weng-Ketua Pengarah JKJR Malaysia memberi ucapan

Perasmian The Long Short Walk oleh wakil Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Perasmian The Long Short Walk oleh wakil Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

penyampaian lesen motorsikal

Sesi penyampaian lesen motorsikal kepada 30 pelajar sekolah menengah terpilih dari 3 daerah iaitu Gombak, Kuala Langat dan Hulu Selangor. Kos memiliki lesen telah ditaja separuh oleh JKJR Selangor. Jumlah keseluruhan 150 pelajar telah dibantu iaitu 50 dari setiap 3 daerah. Secara tidak langsung mengalakkan pelajar menunggang dengan mempunyai lesen yang sah.

penyampaian lesen motorsikal

Tanniah adik-adik telah mendapat lesen memandu yang sah

Selain itu ada mini pameran yang turut disertai oleh beberapa agensi kerajaan seperti JKJR, PDRM, KPK, MIROS, AADK, PERKESO, Jabatan Penjara Sungai Buloh, JPN Selangor, FAMA dan agensi swasta seperti PUSPAKOM, Karangkraf, AAM dan Plus.

Slogan JKJR, “Pandu Selamat, Tunggang Selamat, Jalan Selamat, Anda Mampu Mengubahnya”

The Long Short Walk membawa mesej keselamatan di jalan raya
Aku Biomed


Viewing all articles
Browse latest Browse all 251

Trending Articles


Girasoles para colorear


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


Pokemon para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tropa Quotes


“Mali man na ikaw ay ibigin ko, akoy iibig padin sayo”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


EASY COME, EASY GO


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Sapos para colorear


Love Quotes Tagalog


Two timer Sad tagalog Love quotes


Top 7 Lies of Boys


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.