Quantcast
Channel: AkuBiomed
Viewing all articles
Browse latest Browse all 251

Di sini lahirnya sebuah cinta

$
0
0

AkuBiomed
AkuBiomed - Blog, Gajet dan Famili Koning

Selamat menyambut Hari Merdeka yang 57

Di sini lahirnya sebuah cinta

Selamat menyambut Hari Merdeka kepada semua rakyat Malaysia. Dalam diam tak diam sudah 57 tahun kita merdeka dan yang terakhir tanah Melayu telah dijajah oleh British.

Tahun 2014 adalah tahun yang sukar buat rakyat Malaysia apabila kehilangan MH370 dan MH17 yang telah ditembak jatuh di Ukraine. Ia adalah saat-saat sukar yang perlu dilalui oleh keluarga dan rakan taulan mangsa menerima ketentuan ilahi. Pada tahun 2013 yang lepas kita juga kehilangan anggota keselamatan gugur sebagai pewira dalam mempertahankan kedaulatan negara ketika peristiwa pencerobohan Lahad Datu oleh penceroboh Sulu yang menuntut Sabah dikembalikan kepada mereka.

Sama-sama memancu negara

Banyak tugas yang belum diselesai untuk sama-sama memancu negara berada didalam landasan yang betul. Setiap kita memainkan peranan tidak kecil atau besar tetap dikira menyumbang hala tuju bangsa Malaysia. Ketika semua mata melihat Malaysia biarlah ia pencapaian diperkatakan.

Cabaran generasi baru mempertahankan Kemerdekaan

Mungkin generasi tidak dapat merasai pahit maung yang dilalui oleh generasi sebelum Merdeka. Jadilah janganlah kita muda leka dengan nikmat Merdeka ini. Apalah guna Merdeka jika diri kita setakat merdeka dari penjajah. Penjajahan zaman moden lebih kritis dengan mungkin kita tidak sedar dengan penjajahan minda, penjajahan siber, penjajahan teknologi, penjajahan ekonomi dan sebagainya. Penjajahan ini tidak memerlukan tentangan ketenteraan atau pertumpahan darah. Ia adalah penjajahan baru moden mungkin berlaku dikalangan kita.

Mohd Nasrudin Mohd Yusof merupakan rakyat Malaysia pertama yang menerima anugerah Nobel Keamanan (Nobel Peace Prize)

Sajak Bersatulah Melayu – Lim Swee Tin 

Kalau nampak ada retak
Kerana retak hujungnya belah
Bimbang belah membawa pecah
Melayu itu tak mampu berpecah

Bersatulah Melayu
Melayu itu cermin
Dalam jernihnya kita menilik
Kita menilik mencari wajah
Wajah Melayu wajah kita

Bersatulah Melayu
Melayu itu lampu
Terangi jalan luas terbentang
Siapa cuba kaburkan suluh
Kelak hilang arah dan tuju

Bersatulah Melayu
Melayu itu payung
Payung jangan carik
Carik payung
Manakan lagi tempat berlindung

Bersatulah Melayu
Melayu itu pohon
Akarnya mencengkam bumi
Bumi ini pautan kasih
Kasih Melayu segala kasih

Bersatulah Melayu
Cari dan rangkalah jalan damai
Damai membuka pintu pertemuan
Pertemuan kelak merintis padu
Berpadulah Melayu, berpadu semua.

~ Lim Swee Tin

Di sini lahirnya sebuah cinta

AkuBiomed: Ayuh sematkan semangat patriotik dan cintakan negara.

Di sini lahirnya sebuah cinta
Aku Biomed


Viewing all articles
Browse latest Browse all 251

Trending Articles


EASY COME, EASY GO


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Love Quotes Tagalog


Two timer Sad tagalog Love quotes


Top 7 Lies of Boys


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tropa Quotes


“Mali man na ikaw ay ibigin ko, akoy iibig padin sayo”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.