AkuBiomed AkuBiomed - Blog, Gajet dan Famili Koning
Sekadar celup celup di Sungai Chiling.
Bercuti sempena sambutan Deepavali dan membawa sehingga Awal Muharram boleh dikatakan cuti hujung minggu yang agak panjang. Beberapa hari ini hujan di awal pagi dan petang membantut misi peribadi membidik gambar landskap.
Hari ini pun tidak dapat menunaikan hajat untuk mengambil landskap bunga teratai di tasik bekas lombong di Rasa. Nampaknya tidak ada shot yang menarik dan keindahan bunga teratai dapat diabadikan.
“Alang-alang seluk perkasam biar ke pangkal lengan” bak kata pepatah Melayu. Bagi mengubat kekecewaan bawa adik beradik Koning ke Empangan Sungai Selangor di Kuala Kubu Bharu. Harap-harap dapat ambil gambar landskap Empangan. Malangnya empangan Sungai Selangor tutup mungkin sempena sambutan Awal Muharram.
Celup-celup kaki di sungai Chiling.
Kemudian rancang hendak bermain celup-celup kaki di Sungai Chiling Fish Sanctuary tidak jauh dari tempat bermandi manda Sungai Chiling. Setelah berjalan beberapa meter sampai ke pintu yang kelihatan berkunci dan berantai. Adus, sekali kekecewaan melanda. Berpatah balik ke tempat bermandi manda Sungai Chiling. Ramai pengunjung berkhemah dan mandi di Sungai Chiling. Hajat hendak celup di Sungai Chling Fish Sanctuary tak dapat. Celup-celup kaki di Sungai Chiling pun jadilah nak.