Susah hendak dapatkan Compactor Living Box Set.
Melihat Compactor Living Box Set di GoShop untuk simpan barang-barang memang saya amat memerlukan kotak ini. Kehidupan berkeluarga secara tidak langsung akan bertambah barang sedikit demi sedikit didalam rumah. Masalah untuk menyimpan dan ruang simpanan yang terhad menjadi satu masalah besar.
Tidak beli di GoShop
Kalau beli Compactor Living Box Set di GoShop harganya RM199 untuk 4 kotak dan 2 organizer. Saya tidak beli di GoShop tetapi beli di Cosway pada harga RM31.90 per set mengunakan 1 Redemption Point(RP) untuk 1 kotak. Harga biasa RM55.90 tanpa RP.
Perbandingan saiz sebenar dengan Aslah
Memang susah hendak dapatkan stok kerana hot selling selepas keluar di GoShop. Merata mencari tetapi tak ada stok dan selepas menunggu hampir sebulan barulah dapat Compactor Living Box Set ini. Sekali borong sampai 3 set sekali pada harga RM97.20 lebih kurang RM32.40 per set termasuk GST.
Ruang simpanan yang besar.
Tidak sangka Compactor Living Box Set ini mempunyai ruang simpanan yang besar lebih kurang 56L dan diperkukuhkan dawai besi untuk menjadikan kotak ini kukuh.
Boleh akses samada dari atas dan bahagian hadapan mengunakan plastik lut sinar yang juga boleh diakses dengan membuka zip. Kesimpulan bebaloi membeli Compactor Living Box Set bukan sahaja saya boleh memastikan barang-barang disimpan dengan kemas dan menjimatkan ruang kerana kotak ini boleh disusun secara bertingkat
The post Compactor Living Box Set tetapi bukan dari GoShop appeared first on AkuBiomed.