Quantcast
Channel: AkuBiomed
Viewing all articles
Browse latest Browse all 251

Sabtu day tukar tiub basikal bocor secara DIY

$
0
0

Sabtu day sibukkan diri dengan tukar tiub basikal bocor

tiub basikal bocor

Sabtu day barulah ada kelapangan untuk melihat masalah basikal anak-anak. Hari waktu bekerja boleh dikatakan tak sempat sebab sampai rumah dari kerja sudah 7 jam petang. Tayar basikal bocor tak dapat hendak menampal tiub basikal mudah walaupun kerjanya adalah mudah

Abang Koning mengadu tayar basikal hilang angin.

Abang Koning mengadu tayar hadapan basikal beliau telah bocor. Tak ada pilihan untuk mengatasi masalah tiub tayar bocor tukar tiub baru. Kalau dahulu boleh tampal tiub basikal sekarang tidak lagi. Tiub basikal bocor perlu ditukar dengan tiub yang baru.

Mudahnya tukar tiub basikal secara DIY

Sahaja merakam cara menukar tiub basikal kerana ia boleh dilakukan sendiri dengan mudah. Pastikan mempunyai peralatan yang bersesuaian dan tiub basikal baru. Harga tiub basikal untuk saiz 20″ jenama Duro saya beli pada RM15 sahaja.

peralatan untuk membuka tayar basikal

Antara peralatan yang diperlukan membuka tayar

melongkarkan nat mengunakan spanar

 Melonggarkan nat untuk menanggalkan rim basikal

rim basikal yang sudah ditanggalkan

Selepas menanggalkan rim basikal dari basikal. Maka bermula kerja membuka tayar basikal.

membuka tayar basikal

Membuka tayar basikal. Nampak tak alat yang seperti bentuk Boomerang ini? Saya beli dari Daiso pada harga RM5. Peralatan serba guna untuk membaiki basikal perlu ada. Lubang-lubang tersebut adalah saiz nat. Bagi yang pertama kali membuka tayar tentu terkial-kial nak tanggalkan tiub dari rim basikal.

menarik tiub keluar

Selepas tayar berjaya dibuka sudah mudah untuk mengeluarkan tiub basikal yang bocor. Jangan terus mengantikan tiub tetapi perlu periksa tayar dengan teliti mengunakan tangan dengan cara mengosok dari dalam tayar untuk mencari objek tajam yang menjadi punca tiub basikal bocor.

Cara mencari punca kebocoran tiub dengan merendam ke dalam air

Macam kes kebocoran tiub basikal anak saya adalah berpunca dari terkena wayar halus dan dari pengamatan kasar tidak akan nampak. Tayar yang bocor tersebut perlu dipam terlebih dahulu dan direndam didalam baldi untuk mengesan kebocoran dengan melihat buih-buih keluar dari lubang yang bocor.

tiub basikal baru

Tiub basikal baru perlu dipam angin sedikit untuk memudahkan memasuk tiub ke dalam tayar. Proses pemasangan perlu bermula dengan memasukkan tayar basikal dengan cara berlawanan proses membuka tayar. Semasa memasang tayar kembali kepada rim basikal perlu pastikan penunjuk arah pusingan tayar adalah betul.

proses memasukkan tiub ke dalam tayar

Memasukkan tiub basikal baru ke dalam tayar. Kemudian pasang rim basikal kepada basikal dan ketat nat.

Proses terakhir adalah pam tayar

Tayar basikal yang telah ditukar dengan tiub basikal baru.

Cara paling mudah untuk mengembirakan anak adalah menyelesaikan masalah mereka. Secara keseluruhan modal untuk menukar tayar tiub basikal adalah RM15 untuk harga tiub baru dan upah peluh Babahnya adalah secawan air Milo sahaja.

The post Sabtu day tukar tiub basikal bocor secara DIY appeared first on AkuBiomed.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 251

Trending Articles


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Smile Quotes


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Maganda Quotes – tagalog Quotes – Inggit Quotes


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


FORTUITOUS EVENT


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


INUMAN QUOTES


RE: Mutton Pies (frankie241)


EASY COME, EASY GO


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes