Quantcast
Channel: AkuBiomed
Viewing all articles
Browse latest Browse all 251

Xiaomi RedMi 2 dual 4G sim yang cool mampu milik

$
0
0

Xiaomi RedMi 2 menepati keperluan dan bajet.

xiaomi redmi 2

Xiaomi RedMi 2 memenuhi keperluan harian saya. Saya biasanya memakai telefon bimbit untuk jangka masa yang lama. Selagi tidak rosak tidak akan tukar. Sehingga hari ini Nokia 5530 XpressMusic saya gunakan masih lagi didalam keadaan baik cuma keperluan terkini membataskannya.

Apa yang menarik mengenai RedMi 2 ini?

Spesifikasi RedMi 2

  • Snapdragon 410 64-bit quad-core 1.2-GHz
  • 4G Dual SIM
  • 4.7″ IPS HD display
  • 8MP kamera f/2.2
  • Quick Charge 1.0

mi redmi 2

Kekurangan adalah butang menu tidak mempunyai backlight tetapi reflektif apabila terkena cahaya. Kelihatan terang apabila terkena cahaya matahari. Agak ganjil apabila menekan butang menu tidak ada cahaya backlight.

mi redmi 2

Penutup belakang RedMi 2 ini diperbuat dari plastik lasak dengan kemasan matte yang berwarna lembut. Sedap dipegang dan tidak licin. Tidak meninggal kesan jari dan berminyak seperti jenis finishing licin dan berkelat. Back cover ini boleh ditukar dengan 5 pilihan warna lembut. Saya punya warna putih belum ada nampak tanda-tanda mungkin mengunakan sarung.

mi redmi 2

Butang power on dan volume terletak disebelah sisi kanan. Mudah dicapai butang-butang tersebut.

mi redmi 2

Sebelah flash, kamera dan speaker. Maaf yer tidak ada speaker stereo seperti Nokia 5530 Musix Express lama saya. Saya rindu sound stereo tetapi tidak kesah kerana jarang mendengar lagu dan main video pada telefon bimbit.

mi redmi 2

Headphone jack terletak di sebelah atas. Sarankan dapat Mi headphones untuk bunyi yang mantap

mi redmi 2

Kamera belakang 8 Mega piksel dan kamera hadapan pula 2 Mega piksel. Setakat ini saya puas hati dengan kualiti gambar yang diambil dan boleh dikatakan cemerlang. Lensa 5 elemen dengan aperture F2.2 mampu mengambil gambar pada cahaya rendah.

Mudah untuk akse mod kamera dengan pantas

Mod kamera boleh diakses dengan mudah tanpa perlu membuka menu. Hanya slide ke kiri dan akan berada di mod kamera. Auto fokus dan face detection membuat saya suka apabila bermain dengan mod kamera samada mengunakan kamera hadapan dan belakang. Kalau hendak selfie seorang atau lebih dari seorang pun tidak ada masalah kerana face detection boleh kesan lebih dari seorang subjek.

mi redmi 2

Saya kurang gemar bateri yang jenis terbina dalam tetapi RedMi 2 ini penutup belakang boleh dibuka dengan mudah dengan hanya mengopek untuk buka. Bateri pula mudah diakses dan ditukar pada masa datang.

Dual slot 4G sim

Xiaomi RedMi 2 ini mengunakan 2 sim jenis mikro dan mugkin ada yang tidak tahu bahawa dua slot sim ini adalah 4G. Biasanya jenama lain hanya sim 1 adalah 3G dan sim 2 pula adalah 2G. Mengunakan Mi RedMi 2 ini korang boleh menikmati 4G untuk kedua-dua sim. Tentu seronokkan.

mi redmi 2

Gambar penutup lensa Canon yang diambil mengunakan Xiaomi RedMi 2

bunga warna unggu

Kualiti gambar mengunakan Mi RedMi 2

Produk Xiaomi adalah produk laku keras dipasaran selalu kehabisan stok. Ada yang sudah jatuh hati dengan Mi RedMi 2 ini? Boleh buat pesanan di Lazada Malaysia pada harga RM449.



The post Xiaomi RedMi 2 dual 4G sim yang cool mampu milik appeared first on AkuBiomed.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 251

Trending Articles


EASY COME, EASY GO


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


Maganda Quotes – tagalog Quotes – Inggit Quotes


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


INUMAN QUOTES


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.