Quantcast
Channel: AkuBiomed
Viewing all articles
Browse latest Browse all 251

Bahana menulis resume kerja tangkap muat

$
0
0

{Azrin} AkuBiomed
{Azrin} AkuBiomed - Blog, Gajet dan Famili Koning

Menulis resume kerja lengkap adalah perkara yang serius.

resume kerja

Masalah yang sering dialami pemohon kerja adalah kemampuan menulis resume kerja lengkap dengan terbaik. Seringkali resume kerja tidak lengkap yang dihantar ke majikan berakhir ke dalam tong sampah walaupun ia bunyi agak kasar.

Disini saya ingin berkongsi pengalaman sebagai panel temuduga. Perkongsian beberapa kesilapan yang sering dilakukan oleh pemohon berdasarkan pengalaman saya meneliti resume pemohon kerja. Harap perkongsian ringkas ini dapat memberi manfaat. Sedikit sebanyak membantu pemohon dengan mengambil perhatian kesilapan-kesilapan yang perlu dielakkan semasa menulis resume pada masa hadapan.

5 kesilapan perlu dielakkan semasa menulis resume.

1. Menulis resume tangkap muat

Jangan mengambil sambil lewa didalam menulis resume permohonan kerja. Ia adalah perkara yang perlu diambil serius. Mengambil jalan mudah dengan membuat salinan resume kawan-kawan bulat-bulat perlu dielakkan.

2. Elak mengunakan font yang tidak seragam atau fancy

Perlu diingat anda menulis sesuatu yang formal. Mengunakan font yang tidak seragam dan fancy bukan memberikan markah lebih.  Ia juga bukan yang menarik perhatian pengurus Sumber Manusia untuk baca. Pastikan resume yang ditulis kemas dan tersusun mengikut turutan. Kalau perlu mengunakan susunan nombor dan sebagainya.

3. Jangan hanya menyenarai panjang tanggungjawab.

Menyenaraikan panjang senarai tugas jawatan yang dipohon. Bukanlah sesuatu yang perlu. Majikan sudah pun mengetahui senarai tugas jawatan untuk kekosongan jawatan yang ditawarkan. Memberikan penerangan ringkas tanggungjawab tugas yang digalas. Kalau boleh disertakan bukti data dan angka supaya pihak majikan menimbang kemampuan pemohon.

4. Mengunakan alamat email yang catchy.

Maksud saya disini ada mengunakan email peribadi sebagai contoh mawarberduri@gmail.com didalam resume mereka. Tolonglah elak mengunakan email peribadi seperti ini atau seumpamanya.

5. Menyumbat maklumat terlalu banyak didalam cover later/ surat iringan.

Didalam surat iringan perlu ada penerangan ringkas mengenai diri anda, tujuan anda memohon jawatan disyarikat tersebut. Elakkan menyumbat maklumat terlalu banyak didalam surat iringan hingga tidak menjadikan relevan lagi.

7 ringkasan yang perlu ada didalam format resume kerja.

1. Tulis nama, alamat, nombor telefon dan alamat email yang mudah di hubungi.

2. Tulis jawatan yang dipohon dengan mengunakan bold, italic atau saiz huruf yang besar sedikit.

3. Memberikan penerangan objektif permohonan kerja yang dipohon dengan  memberikan sebabanda adalah calon yang layak untuk jawatan tersebut.

4. Menyenarai tugasan nilai tambah yang anda pernah lakukan yang menunjukkan kesungguhan tugasan yang pernah dilaksanakan.

5. Senarai pencapaian akademik degnan meletakkan tarikh mula dan tamat pengajian ijazah, diploma dan sijil.

6. Senarai kemahiran dan anugerah yang pernah diterima.

7. Menulis rujukan untuk pihak majikan menghubungi membuat pengesahan mengenai tentang diri anda.

Resume yang ditulis memberi gambaran pemohon. Seperti pernah saya sebut diawal artikel ini, menulis resume adala perkara yang serius. Elak melakukan kesilapan yang menyebabkan resume ada masuk ke tong sampah.

JUALAN TINGGAL 4 HARI SAHAJA LAGI

BERMINAT untuk mengetahui 7 KESILAPAN RESUME DILONGKANGKAN?

Bahana menulis resume kerja tangkap muat
akubiomed


Viewing all articles
Browse latest Browse all 251

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes