{Azrin} AkuBiomed
{Azrin} AkuBiomed - Blog, Gajet dan Famili Koning
Samsung GALAXY S6 edge dan GALAXY S6 serba baharu dan tercanggih
Pagi tadi saya dan rakan blogger telah menghadiri pelancaran pengenalan Samsung GALAXY S6 edge dan GALAXY S6. Samsung Malaysia telah menjemput media dan blogger untuk menghadiri majlis tertutup Samsung GALAXY Unpacked 2015 Live Streaming Party untuk menonton litas langsung dari Barcelona, Sepanyol jam 1.30pagi waktu Malaysia.
Melvin Aeria emcee Samsung GALAXY Unpacked 2015 Live Streaming Party
Luke Au, the Head of Product Marketing of Samsung Malaysia’s Mobile
Samsung Electronics telah memperkenalkan 2 model Samsung GALAXY yang baharu. Samsung GALAXY S6 edge mempunyai ciri skrin melengkung di sisi dan GALAXY S6 dengan teknologi telefon pintar yang terkini yang mengambil kira maklum balas pengguna menjadikan Samsung GALAXY baharu ini lebih mesra pengguna dan serba canggih.
JK Shin, President & CEO Samsung Electronic memperkenal Samsung GALAXY S6 edge and GALAXY S6
Samsung GALAXY S6 edge dengan reka bentuk skrin melengkung disisi. Mengunakan skrin Corning Gorilla Glass 4.
Samsung GALAXY S6 edge didalam genggaman tangan. Pengalaman pertama kali pegang GALAXY S6 edge yang mempunyai reka bentuk dan kontur yang seksi. Sisi melengkung bukan sahaja memberi kesan estetik ia juga berfungsi. Selesa GALAXY S6 edge ini apabila berada didalam genggaman dengan kemasan berkilat yang premium.
Emas putih juga ambil peluang untuk merasai pengalaman GALAXY S6 edge.
Samsung GALAXY S6
Ringkasan spesifikasi Samsung GALAXY S6 edge and GALAXY S6
- SkrinCorning Gorillaa Glass 4
- Imej Vivid dengan lensa F1.9 untuk mengambil gambar didalam cahaya rendah
- Akses kamera mode 0.7 saat
- Kamera resolusi tinggi 5MP hadapan dan belakang 16MP
- Mengecas tanpa wayar dan caj sepantas 1.5 kali lebih laju GALAXY S5. 10 minit caj boleh bertahan untuk 4 jam.
- Mengunakan 14nm FINFET mobile processor 64bit
- LPDDR4 memory sistem
- Skrin Quad HD Super AMOLED
- Samsung Pay. Kemudahan transaksi pembelian diatas talian
GALAXY S6 dan GALAXY S6 edge dipasarkan secara global pada 10 April 2015(Malaysia pertengahan bulan April) hadir storan 32/64/128GB. Pilihan warna White Pearl, Black Sapphire, Gold Platinum, Blue Topaz(GALAXY S6) dan Green Emerald(GALAXY S6 edge)
Samsung GALAXY S6 keynote
Live streaming Samsung GALAXY S6 edge dan GALAXY S6
akubiomed