{Azrin} AkuBiomed
{Azrin} AkuBiomed - Blog, Gajet dan Famili Koning
Tak sangka mata ganjaran terkumpul Astro Circle banyak.
Saya sendiri pun sudah lama tidak ingat samada mendaftar dengan Astro Circle atau tidak. Memang ada pernah daftar akaun Astro di atas talian.
Terbaca blog sahabat blogger Mustafa mengenai penebusan alat kawalan jauh Astro PVR Remote Control dengan mengunakan mata ganjaran terkumpul Astro Circle.
Wow banyak mata ganjaran terkumpul Astro.
Apa lagi sahaja gatal pergi semak mata ganjaran terkumpul di Astro Circle yang sebelum ini tak pernah ambil endah pun. Sekali periksa mata ganjaran terkumpul sudah berjumlah 1,870 mata. Wow banyak.
Tebus alat kawalan jauh Astro PVR Remote Control.
Alat kawalan dekoder Astro Byond di rumah sudah sopek sana sini. Ambil peluang untuk tebus alat kawalan jauh Astro PVR Remote Control dengan hanya 500 mata ganjaran sahaja di Astro Circle.
Proses penebusan mata ganjaran Astro di Astro Circle yang mudah.
Masih ada lagi berbaki mata ganjaran Astro ini. Lain kali boleh lah melihat senarai-senarai barang yang menarik untuk ditebus.
Pautan: Astro Circle