{Azrin} AkuBiomed
{Azrin} AkuBiomed - Blog, Gajet dan Famili Koning
Hampir setahun saya mengunakan minyak rambut pomade.
Sejak mula mengunakan minyak rambut pomade ini. Saya sudah tidak lagi mengunakan minyak rambut gel yang biasanya menjadi kegunaan harian.
Minyak rambut pomade ada 2 jenis iaitu oil based dan water based.
Kali ini membeli minyak rambut Pomade Murray’s edgewax jenis water based. Untuk pengetahuan minyak rambut pomade ada 2 jenis iaitu oil based dan water based. Salah satu contoh pomade oil based adalah minyak rambut Tancho yang amat popular di zaman sekolah dahulu. Saya suka minyak rambut pomade water based senang hendak dicuci berbanding oil based. Nak sikat pun senang dengan sikat tidak tersekat apabila mengunakan sesetengah minyak rambut. Rasa hendak tercabut rambut dari kulit kepala. Ini tidak berlaku apabila mengunakan pomade yang mana rambut lebih senang disisir dengan sikat dan membentuk gaya yang diingini. Itulah yang saya mahukan dengan tidak membuang masa untuk membetulkan rambut asyik jatuh dari kedudukan yang digayakan.
Kalau dahulu akan mengunakan gel hard strong kerana rambut saya jenis degil. Kalau tak rambut menjadi ‘huru-hara’ dan memang bermasalah. Jadi untuk mengatasi masalah rambut ini saya akan mengunakan wet gel yang keras supaya rambut kelihatan basah . Masalahnya pula, saya mengalami masalah kegatalan kulit kepala tetapi sejak beralih minyak rambut pomade masalah kegatalan pada kulit hilang. Minyak rambut pomade mengunakan lilin lebah sebagai salah satu bahan utama. Rambut pula mendengar kata. Kalau sikat, rambut ikut sahaja dan akan kekal pada kedudukanya. Yang best rambut kita akan mengikut aluran sikat.
Rambut kurang kemas selepas pakai topi kaledar?
Saya ini kerap memakai topi kaledar jadi tidak perlu bimbang untuk betulkan gaya rambut. Hanya basah sikat dengan air dan sikat. Rambut kembali bergaya. Itulah bahagian yang paling best mesti nampak segak, rambut berkilat dan hitam.
Kali ini saya mengunakan Murray’s Edgewax.
Belum lagi sempat untuk mengunakan pomade Murrays’s edgewax kerana minyak rambut pomade lama masih berbaki walaupun tidak banyak. Baunya wangi buah honey dew menyenangkan. Harga minyak rambut pomade Murray’s edgwax ini dibeli pada harga RM55 termasuk kos penghantaran.
AkuBioed: Ada tak rakan-rakan pembaca suka guna pomade? Boleh kongsi jenama kegemaran pomade di ruang komen.