{Azrin} AkuBiomed
{Azrin} AkuBiomed - Blog, Gajet dan Famili Koning
Buat duit dengan program Affiliate bukan mustahil
Bantu orang dengan program affiliate
Boleh buat duit dengan program Affiliate. Mungkin ada yang tidak tahu cara buat duit tanpa modal adalah dengan menyertai program Affiliate.
Apa itu program Affiliate?
Buat duit tanpa modal dengan menawarkan produk Affiliate seperti ebook, seminar dan produk fizikal. Boleh dikatakan tiada modal diperlukan dan perlukan kemahiran untuk menghasilkan pendapatan dengan program Affiliate.
Bagaimana mendapat keuntungan dengan program Affiliate?
Keuntungan berdasarkan komisen diberikan dan jumlah jualan yang berjaya dihasilkan. Lagi besar komisen ditawarkan semakin besar margin keuntungan bakal diperolehi.
Bagaimana hendak menyertai program Affilite?
Banyak program Affilates ditawarkan di online dan salah satunya adalah Ashadee. Boleh dikatakan Ashadee adalah lubuk program Affiliate yang banyak untuk dipilih. Klikjer juga menawarkan beberapa produk yang bagus untuk membantu mereka yang memerlukan.
Selama ini penyertaan program Affiliate tidak lebih dengan sekadar meletakkan banner di blog sahaja. Pernah menulis panjang lebar mengenai program Affiliate yang disertai. Hasilnya mengecewakan kerana mendapatkan hasil seperti yang diharapkan.
Notis hasil jualan dari Ashadee
Beberapa hari lepas dapat notifikasi dari Ashadee mengenai terjual 2 produk dari program Affiliate yang saya sertai. Walaupun tidak banyak ia adalah satu permulaan yang baik. Harap ia bukan yang pertama dan yang terakhir. Bohonglah tidak berasa gembira kerana niat asal untuk membantu mereka diluar sana dengan memperkenalkan produk yang dapat membantu mereka.
Terima kasih dengan pembelian Kitab SEO Merah Jambu.
Terbaru, boleh dikatakan sehari boleh dapat 1-2 komisen jualan affiliate. Saya baru berkesempatan mengamalkan satu teknik yang diperolehi dari kursus intensif affiliate. [+]http://akubiomed.com/kursusaffiliatevid/