AkuBiomed
AkuBiomed - Blog, Gajet dan Famili Koning
Eazy Bean Bag yang fleksibel dan mudah dibentuk
Sudah lama mencari Bean Bag akhirnya dapat jumpa Eazy Bean Bag yang empuk dan diubah suai untuk jadi tempat lepak.
Sudah lama mengunakan Bean Bag ini kerana semasa kecil dahulu arwah bapa saya ada belikan. Memang kami adik beradik suka melepak diatar Bean Bag yang boleh diubah bentuk mengikut kelesaan.
Sudah bertahun tak sangka Bean Bag ini yang agak retro pada zaman 80an dikeluarkan kembali dengan fabrik yang lebih baik dan pelbagai bentuk dan warna.
Saya membeli Bean Bag ini untuk dijadikan kerusi kepada meja kopi Ikea yang saya gunakan sebagai workstation untuk melayari internet dan menulis blog. Sangat sesuai mencari Bean Bag jenama Eazy Bean Bag yang diperolehi dari Lazada.
Bean Bag ini senang hendak dibentukkan.
Selain itu saya sudah ada perancangan untuk menjadi Bean Bag ini sebagai prop sesi bergambar baby Aishah nanti.